Tuesday, August 10, 2010

INGATLAH

apa yang berada di atas akan kembali jua ke bawah. menyakini bahawa takabbur itu adalah pokok mazmumah dan syukur itu ialah pokok mahmudah. ingatlah jika kamu mengalami kesenangan, bersiap sedialah menghadapi kesulitan yang akan mendatang dengan mempersiapkan taqwa dan iman

Acapkali kita mendengar di corong2 radio,di dada akhbar, ataupun apbila kita menonton televisyen, kita sering dikejutkan dengan berita mengenai kes perzinaan,buang bayi, dan tak kurang hebatnya gadis remaja yang di bawah umur yakni bawah 18 tahun dilarikan oleh orang yang tak dikenali oleh keluarga gadis tersebut tetapi cukup dikenali oleh gadis tersebut. Mengapa perkara sebegini berlaku sedangkan peraturan dan undang2 negara cukup jelas dan nyata memberi hukuman yang berat bagi sesiapa yang melanggarnya. Adakah ``baru terhantuk, nak tergadah”, ungkapan sebegini ada benarnya tetapi adakah kita dapat menghayati dan mendalami maksud tersurat dan tersirat maksud tersebut, tepuk dada tanya iman. Adakah undang2 seperti memenjarakan pesalah yang merogol selama bertahun2,membayar ganti rugi berpuluh2 ribu ringgit dapat menyelesaikan masalah tersebut, adakah masih relevan undang2 negara kita pada masa ini? Menjadi tanda tanya pelbagai pihak mengapa kejadian seperti ini menghiasi dada akhbar padas masa kini, semakin kita melangkah ke wawasan 2020, perkara seperti ini masih berlaku kenapa? Ini adalah kelemahan diri kita sendiri, kita tidak boleh menunding jari pada sesiapa, keluarga,masyarakat, kerajaan, hatta Negara. Dalam konteks ini kita haruslah sedar bahawa pengukuhan akidah dari dalam ke luar dapat membentuk diri dan juga dapat membantu kita sebagai insan yang terbaik. Setiap dari kita dipertanggungjawabkan atas setiap tindak tanduk kita, apagunanya akal yang dianugerakhakan tetapi di salah gunakan kearah kejahilan yang akhirnnya menghancurkan kehidupan kita selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment