Friday, August 20, 2010

MAHABBAH DAN ROHANI RABI'AH

pada dasarnya pokok dari tasawuf rabi'ah adalah terletak pada mahabbah. Rabi'ahlah yang telah mempopularkan konsep mahabbah di kalangan para sufi. pada masa selanjutnya, cetusan tersebut terus berkembang di tangan beberapa sufi, dengan diperliuas dan diberi wawasan-wawasan baru sesuai dengan cara berfikir dan perkembangan yang ada. dapat disebut sebagai contoh ialah jalaluddin ar-rumi, abu yazid al-bustami,al- ghazali, al-qusyairi, al-hujwiri, iqbal dan sebagainya. di samping itu, mahabbah juga banyak dikaji oleh para ahli tasawuf dari benua eropah, seperti: masignon, margareth smith, R.A nicholson dan sebagainya.

al-ghazali- dalam karyanya ihya' `ulumiddin membahas mahabbah secara luas. dalam pembasasan tersebut, al-ghazali antara lain memberi ulasan pada salah satu syair rabi'ah tentang pembahagian cinta. dalam syair disebutkan:

aku mencintai-MU dengan dua macam cinta
cinta kerana diriku dan cinta kerana diri-MU
cinta kerana diriku adalah keadaaansentiasa meingati-MU
cinta kerana diriku adalah keadaan-MU
menyingkapkan tabir hingga Engkau kulihat
baik untuk ini ataupun untuk itu
pujian bukanlah untukku
bagi-MU segala pujian.



menurut al-ghazali, dalam memperkatakan pembahagian cinta tersebut, mungkin yang dimaksudkan dengan cinta kerana diriku atau oleh dorongan hati belaka ialah cinta pada Allah kerana kebaikan dan kurni-NYA. sedangkan bentuk cinta kedua, kerana diri-MU, adalah kerana cinta keindahan dan keagungan-NYA. cinta terakhir inilah cinta yang paling luhur dan mendalam serta merupakan kesihatan melihat keindahan tuhan. untuk selanjutnya akan dibahas kaitan antara mahabah dengan kesihatan mental. namun sebelumya perlu diketahui pengertian mahabbah dan kesihatan mental.

No comments:

Post a Comment