Tuesday, August 10, 2010

PENAWAR DUKA

PENAWAR DUKA
Kesedihan ialah penyakit yang boleh mengundang bahaya. Namun rasa kesedihan, susah hati banyak melanda manusia pada waktu ini. Sedihnya, kebanyakan manusia menemui jalan buntu untuk mengubati penyakit ini sehingga ada yang berputus asa.
Dalam buku La Tahzan, Dr. ‘Aidh bin Abdullah al-Qarni menyebut, ``jangan bersusah hati sebab ia hanya akan membuatmu lemah dalam beribadat, malas untuk berjihad, putus harapan dan mengheretmu untuk berburuk sangka. Jangan berdukacita, sebab rasa sedih dan susah hati ialah akr kepada pelbagai penyakit jiwa, punca penyakit jiwa dan penyebar keraguan serta kebingungan.”
Pilihlah jalan bahagia
Untuk sihat dan bahagia ada beberapa pilihan boleh dibuat iaitu:
1. Beriman. Sebuah hadis riwayat Muslim, daripada Abu yahya shuhaib bin sinan r,a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:`` memang sangatmenakjubkan keadaan orang mumkmin kerana segala urusannya mendatangkan kebaikan baginya dan ini tidak akan berlaku kecuali bagi orang yang beriman. Apabila memperoleh kesenangan dia bersyukur, maka itu kebaikan baginya. Apbila ia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka yang demikian itu juga kebaikan baginya.”
2. Lupakan masa lalu. Semua yang telah berlaku disebabkan perhatian yang telah berlaku disebabkan perhatian yang terpaku kepada peristiwa silam, merupakan kebodohan dan kegilaan.
3. Jangan sibukan diri dengan masa depan. Masa depan masih berada di alam ghaib. Jangan terlalu risau memikirkannya, ia akan dating jua dengan sendirianya. Allah s.w.t. berfirman dalam surah surah Yunus ayat 62 yang bermaksud: ``ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan(daripada sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak berdukacita.”
4. Berzikir. Berzikirlah kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya, nescaya anda akan memperoleh ketenangan dan kedamaian sebagaimana maksud firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ra’d ayat 28: ``orang yang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullah itu,tenang tenteramlah hati manusia.”
5. Perlu sedar bahawa tiap sesuatu yang berlaku adalah ketentuan Qadak dan qadar.
6. Jangan mengharapkan terima kasih daripada orng lain.
7. Semua yang berlaku kepada diri kita pada hakikatnya adalah baik.
8. Sesungguhnnya selepas setiap kesusahan itu ada kemudahan.
9. Jangan berputus asa, hanya kerana perkara-perkara yang remeh-temeh.
10. Jalan keluar kepada penyelesaian sentiasa terbuka dengan syarat bertaqwalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Talaq ayat 2 dan 3 yang bermaksud:`` Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.”

No comments:

Post a Comment