Tuesday, August 10, 2010

ubat 6 resepi

UBAT ENAM RESEPI
Penulis buku al-Farj Ba’da al-Syiddah menyebut tentang kisah seorang yang bijaksana yang sedang ditimpa musibah. Maka datanglah kawan-kawannya mengucapkan keperihatinan mereka terhadap musibah yang menimpanya.
Si bijaksana itu pun berkata: ``aku tahu ada satu ubat yang dibuat daripada enam resepi yang berbeza.”
Kawan-kawannya pun bertanya: ``apa dia?”
• Percaya sepenuhnya kepada Allah.
• Kesedaranku bahawa semua yang sudah Allah takdirkan akan berlaku.
• Sabra adalah senjata paling berkesan yang diguna pakai oleh orang yang mendapat ujian.
• Jika saya tidak sabra, saya tidak akan tertolong hanya dengan perasaan resah
• Mungkin sahaja saya akan berada dalam keadaan saya sekarang ini.
• Dari semasa ke semasa jalan keluar akan terus terbuka.

No comments:

Post a Comment