Wednesday, June 8, 2011

JANGAN BERDUKACITA KERANA ALLAH MAHA MENGAMPUNI DAN MENERIMA TAUBAT




Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Surah Az-Zumar:53)

Tidakkah firman Allah ini dapat melapangkan hati, menghilangkan keresahan, dan menghapuskan kebimbingan anda?
Nampak jelas bahawa Allah sengaja menyapa manusia dengan kalimat “ Wahai hamba-hamba-Ku.” Berkenaan dengan hikmahnya, sudah tentulah untuk menyatukan hati para hamba-Nya dan menyentuh perasaan mereka supaya mendengar ayat tersebut dengan baik. Selepas itu Nampak bahawa Dia mengkhususkan firman-Nya itu untuk orang-orang yang melampaui batas. Hal itu dilakukan Allah kerana mereka merupakan golongan manusia yang paling sering berbuat dosa dan kesalahan. Lantas, bagaimana dengan kita yang juga sering berbuat dosa dan kesalahan?

Dalam ayat tersebut, Allah juga melarang hamban-Nya berputus asa dalam memohon ampunan-Nya. Allah memberitahu pula bahawa Dia akan mengampuni siapa sahaja yang bertaubat kepada-Nya. Allah memberitahu pula bahawa Dia akan mengampuni siapa sahaja yang bertaubat kepada-Nya, sama ada dari dosa-dosa kecil ataupun dosa besar.

Tidakkah anda merasa gembira dan bahagia dengan firman Allah s.w.t. berikut ini:
dan juga orang-orang Yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada Yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji Yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Surah Ali Imran: 135)
Begitu juga dengan firman-Nya:
dan sesiapa Yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Surah An-Nisa’:110)

Menurut ayat yang lain:
jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar Yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan Kami akan masukkan kamu ke tempat Yang mulia (syurga). (Surah An-Nisa’:31)
Menurut ayat yang lain lagi:
dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati Dengan izin Allah. dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (Wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah An-Nisa’:64)

dan Sesungguhnya Aku Yang amat memberi ampun kepada orang-orang Yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk Yang diberikan kepadaNya. (Surah Taha:82)
Ketika Musa membunuh seseorang maka dia berkata:
ia merayu (dengan sesalnya): "Wahai Tuhanku, Sesungguhnya Aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Qashash:16)
Juga firman Allah yang menjelaskan tentang Nabi Daud selepas bertaubat dan Allah mengampuninya:
maka Kami ampunkan kesalahannya itu; dan Sesungguhnya ia mempunyai kedudukan Yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali Yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak). (Surah Shad:25)

Sememangnya Allah Maha Pengasih dan Maha Mulia. Bagaimana tidak, Dia masih menawarkan rahmat dan ampunan-Nya kepada orang-orang yang menyakini adanya trinity. Firman Allah tentang mereka:
Demi Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang Yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa. dan jika mereka tidak berhenti dari apa Yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang Yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (Sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka Yang salah dan balasan seksanya)? padahal Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Maidah:73-74)

Menurut satu hadis sahih, Baginda Rasul s.a.w. bersabda, ertinya: “Allah Yang Maha Tinggi berfirman, ertinya: ‘Wahai manusia, sesungguhnya jika kamu berdoa kepada-Ku dan mengharapkan-Ku maka Aku akan mengampunimu atas semua dosa yang kamu lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai manusia, seandaninya dosa-dosamu itu sehingga ke puncak langit kemudian kamu meminta ampunan kepada-Ku nescaya Aku ampuni dan Aku tidak peduli. Wahai manusia, sekiranya kamu datang kepada-Ku dengan dosa yang besarnya seluruh bumi, kemudian datang menemui-Ku dan tidak menyukutukan Aku dengan yang lain nescaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan yang sebesar bumi dan seluruh isinya.”

Menurut satu hadis sahih yang lain Baginda Rasul bersabda, ertinya: “Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari supaya orang-orang yang berbuat dosa pada waktu siang bertaubat, dan Dia membentangkan tangan-Nya pada waktu siang bertaubat, dan Dia membentangkan tangan-Nya pada waktu siang supaya orang yang berbuat salah pada waktu malam bertaubat, hingga ketika matahari terbit dari aah barat.”

Menurut satu hadis qudsi ada disebut ertinya: “Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya kamu berbuat dosa pada waktu malam sedangkan Aku mengampuni semua dosa. Maka mintalah ampunan kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampuni kamu.”
Menurut satu hadis sahih yang lain ada disebut, ertinya: “Demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, sekiranya kamu tidak berbuat dosa nescaya Allah akan menghilangkan kamu, dan akan mendatangkan kaum yang lain yang berbuat dosa-dosa namun memohon ampunan kepada Allah, kemudian Dia akan mengampuni mereka.”
Juga disebutkan dalam hadis sahih yang lain: “Kamu semua adalah orang-orang yang sering berbuat dosa, dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa ialah orang yang bertaubat.”
Pada kesempatan yang lain Baginda Rasul juga bersabda, ertinya: “Allah lebih gembira dengan taubat seorang hamba-Nya di antara kamu, yang duduk di atas tunggangannya, yang sudah tersedia makanan dan minuman. Kemudian tunggangannya itu hilang di padang pasir. Ia mencarinya ke sana ke mari hingga putus asa, dan ia pun tertidur. Apabila ia terjaga, tunggangannya itu sudah pun di dekat kepalanya. Kemudian dia berkata: “Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan Aku adalah Tuhan-Mu.” Ia mengucapkan yang demikian kerana terlalu gembira.”

Dalam riwayat sahih yang lain Baginda Rasul bersabda, ertinya “ Sesungguhnya seorang hamba yang melakukan satu dosa kemudian ia mengucapkan: ‘Ya Allah, ampunilah dosaku, sesungguhnya tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.’ Kemudian berbuat dosa, dan berdoa semula: ‘Ya Allah, ampunilah dosaku, kerana sesungguhnya tidak ada yang berhak mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.’ Allah berfirman, ertinya: ‘Hamba-Ku tahu bahawa ia mempunyai Tuhan yang boleh mendatangkan seksa atau dosa yang dilakukannya dan boleh pula mengampuni dosa itu. Maka hamba-Ku pun melakukan sesukanya.”

Pendek kata, selagi hamba itu bertaubat, meminta ampunan dan menyesali perbuatan maka Allah akan mengampuniya.
Dari buku LA TAHZAN:DR.’AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI

No comments:

Post a Comment