Tuesday, September 7, 2010

Selamat menyambut Eidul Fitri yang mulia.....




tak sangka masa begitu mencemburui kita, akhirnya kita sudah sampai ke penghujung madrasah ramadhan yang selama ini kita melakukan pelbagai ibadah di dalamnya tidak kira lah sunat mahupun wajib (itu semestinya, hehehe). Disamping itu juga madrasah ramadhan ini telah byk mengajar aku mengenai kesabaran dan menahan syahwat aku. Ramadhan inilah yang aku rasa paling mencabar sekali, kerana banyak `pertempuran' yang berlaku dalam diri aku. Adakalanya aku x pasti adakah aku menang atau kalah dalam pertempuran yang aku ciptakan ini. Adakalanya aku tersungkur hingga aku terpaksa mengangkat bendera putih, tetapi aku teringat akan firman-Nya...

Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala bantuan itu melainkan sebagai khabar gembira bagi (kemenangan)mu, dan agar tenteram hatimu karenanya. Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(AL-IMRAN:126)
Dengan itu aku bangit kembali melawannya kembali. Ramadhan kali ini juga aku merasakan kemanisan iman, kemanisan dalam berkawan, kemanisan dalam bertaubat dan sebagainya. Sesunggunya hanya kepada-Nya aku memohon kesyukuran dan kehadrat-Nya aku memohon doa agar dikuatkan lagi kaki ini dalam melangkah ke jalan jihad-Nya, insyaALLAH.... kepada teman seakidah, seiman, seperjalanan aku memohon kemaafan agar kemenangan yang kita rasai 1 syawal nanti merupakan kemenangan hakiki yang kita x menyesalinya. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Akhir kalam `TAQABBAL ALLAHU MINNA WAMINKUM(MOGA2 ALLAH MENERIMA AMALAN KAMI DAN AMALAN KALIAN SEMUA)...

No comments:

Post a Comment