Wednesday, March 23, 2011

HATI

segala puji bagi ALLAH,dan selawat keatas junjungan besar NABI MUHAMMADA S.A.W.

dalam segala dilemmaa yang telah menghantui diri ini, ana ingin mengagahkan diri dalam warkah yang tak seberapa ini, ingin ana luahkan bahawa kehidupan kita sebagai khalifah di dunia ini tidak lengkap dengan ujian dan cobaan yang datang dengan bertubi-tubi hinggakan kita terduduk menangis menagih simpati kepada yang tidak kekal, bahkan adakalanya kita sanggup menggadaikan maruah untuk mendapatkannya. tidakkah kita sedar bahawa sesungguhnya kita hanyalah insan biasa dalam melayari lautan yang bergelora, “Orang yang beriman, hati mereka tenang kerana mengingat Allah kerana hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.(Ar-Ra’d :28)

“Apakah manusia mengira, ia akan dibiarkan sahaja, mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?”
(Surah al-Ankabut: 2)

dalam mencari sinar yang kian hari kian menjauh, kita seharusnya melangkah dengan yakin agar segala perbuatan yang memungkinkan kita terjatuh kedalam lumpur yang sama tidak terjadi kembali.

Sungguh AL-HASANAT (Amal Soleh) itu akan menghapus SAIAT
(Perbuatan Keji) (QS. Hud: 114) Jadi perbuatan Soleh akan menghapus perbuatan
Keji, dan Perbuatan keji itu akan menghapus amal Soleh pula. Jika kita telah
melakukan keburukan cepatlah ganti dengan Amal Soleh, agar perbuatan keji itu
terhapus.

No comments:

Post a Comment