AMALAN DALAM BULAN RAMADAN
PAGI
1. Sembahyang sunat subuh dan fardhu subuh, kemudian wirid biasa serta doa
sesudahnya.
2. Zikir:
(a) (sebanyak-banyaknya) dan
(b) 100 kali sebelum naik matahari
(Tiada Tuhan melainkan Allah)
(c) (10 kali/100 kali)
(tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu Rasulullah, pada saat dan nafas sebanyak bilang luasnya ilmu Allah)
(d) (sekurang-kurangnya 10 kali/100 kali)
(Tiada Tuhan melainkan Allah yang berkuasa memerintah yang sebenarnya lagi nyata).
3. Tasbih:
(a) (100 kali dikurniakan sepuluh ribu kebajikan, dihapuskan sepuluh ribu
kejahatan, diangkat sepuluh ribu darjat)
[Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung].
4. Selawat:
(sekurang-kurangnya 10 atau 100 kali)
5. Sembahyang Sunat:
Sembahyang Sunat Israq
Sembahyang Sunat Dhuha
Sembahyang Sunat Tasbih dan
Membaca Al-Quran
Membaca doa taubat ‘Akasyah (memohon keampunan taubat dosa-dosa besar)
TENGAHARI
1. Sembahyang : Sunat Zohor – Fardhu Zohor – Sunat Zohor serta doa.
2. Istighfar:
(a) (70 kali/100 kali)
[Aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadaNya]
(b) (70/100 kali : pohon keampunan ibubapa)
[Ya Tuhanku, ampunilah bagiku dan bagi dua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka telah mendidik aku di waktu kecil]
(b) (25 kali : wasiat Nabi kepada Saiyidina Ali, supaya dikasihi Allah)
[aku mohon keampunan kepada Allah yang maha agong bagiku dan bagi dua ibu bapaku, dan sekelian kaum muslimin dan muslimat, mukiminin dan mukminat (lelaki dan perempuan), hidup dan mati].
PETANG
1. Sembahyang : Sunat Asar – Fardhu Asar – wirid/doa.
2. Zikir: (sebanyak yang boleh)
[Tiada Tuhan melainkan Allah]
3. Tasbih:
(a) (100 kali)
[ Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi ]
(b) (100 kali) – dikasihi Tuhan dan berat timbangannya di akhirat.
[Maha Suci Allah dan dengan kepujiannya, Maha Suci Allah yang Maha Agung]
4. Bertakbir: (100 kali)
Amanah Nabi kepada Saiyidina Ali sesudah sembahyang asar sebelum tenggelam matahari – setiap hari.
5. Selawat: (10/100 kali)
MAGHRIB
1. Berbuka puasa – sembahyang maghrib dan sunat maghrib.
2. Sembahyang sunat Awwabin.
3. Membaca: (50 atau 100 kali) – menjadi pengadang dunia dan akhirat.
[Tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung]
ISYAK
1. Sembahyang sunat Isyak, Fardhu Isyak, Sunat Isyak
2. Sembahyang Sunat Terawih, sunat Witir
3. Membaca Al-Quran
TENGAHMALAM
Jam 2.00 malam atau 3.00 malam hingga keluar fajar subuh.
1. Sembahyang sunat wuduk
2. Sembahyang sunat Tahajjud (2 atau 4 atau 6 atau 8 atau 12 rakaat) dan
berdoa.
3. Sembahyang sunat Hajat (memohon sesuatu hajat) dan berdoa.
4. Sembahyang sunat Tasbih dan berdoa.
5. Berzikir:
(di dalam hati nurani/ingatan sebanyak-banyaknya).
6. Membaca:
(a) tasbih istighfar (100 kali/70 kali)
[Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya maka suci Allah yang Maha Agong, aku mohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agong dan aku bertaubat kepadaNya]
(b) tasbih dan zikir majmuk (sebanyak 100 kali)
[Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, allah Maha Agong, tiada ada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah]
7. Setelah masuk waktu subuh dan setelah azan subuh, sembahyang sunat subuh/fajar dua rakaat, sebelum sembahyang subuh (antara azan dan sembahyang fardhu subuh), bacalah istighfar tasbih 100 kali dan kemudian berdoa, kerana ini termasuk waktu mustajab doa – antara azan (bang) subuh dengan sembahyang subuh, iaitu:
8. Bertasbih dan mohon keampunan (kalau sempat waktunya)
[Maha Suci Allah dan dengan segala kepujiannya, Maha Suci Allah yang Maha Agung, aku mohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung dan aku bertaubat kepadaNya].
No comments:
Post a Comment