Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Friday, April 29, 2011

Jangan takut bercinta lagi

BAGI yang pernah bercinta, pasti biasa melalui saat suka dan duka. Maklumlah dunia orang bercinta penuh dengan pancaroba.

Kecewa akibat bercinta memang sangat perit untuk dilalui dan sukar untuk di atasi.

Cara terbaik untuk pulih daripada perasaan kecewa dan kembali ceria mungkin dengan meyakinkan diri untuk bercinta lagi dan melupakan buat selama-lamanya si dia yang mengecewakan anda.

Sebagai seorang yang matang, terimalah hakikat bahawa setiap manusia mempunyai naluri untuk berkongsi perasaan sayang.

Namun kita juga harus sedar bahawa setiap perhubungan itu tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan dan mencapai bahagia.

Ada perhubungan yang hanya bertahan separuh jalan. Itulah yang dinamakan takdir.

Memang mengecewakan, namun ia bukan bermaksud anda perlu menutup semua peluang baru yang akan datang.

Tindakan sedemikian sebenarnya hanya merosakkan diri sendiri dan boleh menjadikan diri mengalami kemurungan.

Buka minda dan terima perhubungan baru sebagai sesuatu pengalaman berbeza dalam kehidupan anda. Berusahalah mencari kebahagiaan yang anda impikan.

Namun ada juga yang menyalahkan diri sendiri kerana mengalami kekecewaan dalam perhubungan.

Sekali gus menolak untuk bercinta lagi kerana takut dikecewakan untuk kali kedua.

Seharusnya keadaan itu tidak perlu dijadikan isu kerana bukan semua pasangan akan membuat anda kecewa. Ramai lagi insan boleh memberikan anda kebahagiaan.

Sebenarnya, ramai lagi orang lain yang ikhlas untuk terus bercinta dengan anda. Tetapi janganlah menjadi seseorang yang pentingkan diri sendiri dan menolak cinta lain.

Cubalah memberikan ruang dan peluang kepada orang baru supaya anda terus dicintai dan mencapai kebahagiaan yang ingin anda kecapi.

Dalam situasi ini, jangan sesekali mengenang kisah lama dengan si dia yang pernah mencintai anda, tetapi berikan tumpuan sepenuhnya kepada si dia yang baru hadir dalam dunia anda.

Berusaha sebaiknya untuk membuatkan diri anda terlalu istimewa kepadanya.

Hakikatnya, kecewa itu sebenarnya sesuatu yang perit dan sukar untuk diterima lebih-lebih lagi orang yang kita pernah sayangi itu kini sedang berbahagia dengan cinta barunya.

Tetapi, jangan kecewa dengan situasi sedemikian dan cubalah melupakan si dia dengan membuka peluang baru kepada orang lain untuk terus bercinta diri anda.

Perkara penting yang anda fikirkan adalah semua insan di dunia ini mampu untuk memiliki kehidupan yang bahagia.

Sunday, October 3, 2010

PASANGAN





CARILAH pasangan hidupmu, yg jikalau engkau melihatnya, engkau pasti akan teringat pd Allah, serta bertambah imanmu kpd Allah...

Akan tetapi, JANGANLAH engkau mencari pasangan hidupmu, yg jikalau engkau melihatnya, engkau? pasti melupai Allah, dan engkau teringat akan nafsu kejahatan...

Sesungguhnya, itu hanyalah godaan syaitan yg akan mengheretmu ke lembah kemaksiatan...

CARILAH? pasangan hidupmu, yg jikalau engkau melihatnya, engkau pasti akan teringat pd Allah, serta bertambah imanmu kpd Allah...

Akan tetapi, JANGANLAH engkau mencari pasangan hidupmu, yg jikalau engkau melihatnya, engkau pasti melupai Allah, dan engkau teringat akan nafsu kejahatan...

Sesungguhnya, itu hanyalah godaan syaitan yg akan mengheretmu ke lembah kemaksiatan...

Al-Israa ayat 32 Dan janganlah kamu menghampiri? zina, sesungguhnya zina adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)..

salam..........fitrah insan ingin sayang n disayangi........baik.buruk... kita yg menentukannye....andai mahligai? cinta sudah dimiliki.......sematkan matlamatmu....dan bersihkan niatmu..insyaallah,.....anda akan dapat restu yang sentiasa dirahmati....

cinta yg datang tidak dipaksa........suma i2 dari allah.....andai sudah memilikinya,jgailah ia...setiap perhubungan kita perlu ada arah tujuan dan putarkan dan tujuilah kearah yang diredhai.......kita sebagai insan difitrahkan sayang mnyangi maka dapatkan mutiara? i2 potretkan dalam dirimu...maka teruskan sampai tercipta kebahagian yang diredhai.dan berdoalah agar ia terus menjadi milikmu.....amin.......

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

1. Menundukkan pandangan.

2. Menutup aurat.

3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita (hijab).

4. Tidak berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan.

5.Tidak melunakkan ucapan (terutama kaum wanita).

6.Tidak? menyentuh kaum berlawanan jenis.

cinta ALLAH..sukar di ungkap dengan kata2 tetapi dizahirkan dengan perbuatan kite yg mengAGUNGkan apa yg diperintahkan..semue yg dilakukan keranaNYA....hidup mati keranaNYA.....kerana cinta manusia juga terzahir kerana drpd cinta ALLAH....aku meniti? mencintai MU YA ALLAH...benar, manis sekali bila dapat merasakan apa yg dilakukan semua keranaMU...syukur ku korbankn cinta manusia keranaMU ya ALLAH....AKU SAYANG ALLAH!!!!!

Cinta pada ALLAH amat lazat, tak boleh diucapkan dgn perkataan...dekatilah ALLAH.caranya... baca buku ni "Mihaju Abidin" karangan Imam Ghazali. solat tahajud jangan tinggal. Hati selalu berzikir sentiasa..ALLAH amat? dekat dan bersama kita selalu..dia akan bukak hijabnya...kalau betul2 ikhlas