Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Tuesday, August 10, 2010

amalan dalam bulan ramadhan

AMALAN DALAM BULAN RAMADAN

PAGI

1. Sembahyang sunat subuh dan fardhu subuh, kemudian wirid biasa serta doa
sesudahnya.

2. Zikir:

(a) (sebanyak-banyaknya) dan

(b) 100 kali sebelum naik matahari
(Tiada Tuhan melainkan Allah)

(c) (10 kali/100 kali)
(tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu Rasulullah, pada saat dan nafas sebanyak bilang luasnya ilmu Allah)

(d) (sekurang-kurangnya 10 kali/100 kali)
(Tiada Tuhan melainkan Allah yang berkuasa memerintah yang sebenarnya lagi nyata).

3. Tasbih:

(a) (100 kali dikurniakan sepuluh ribu kebajikan, dihapuskan sepuluh ribu
kejahatan, diangkat sepuluh ribu darjat)
[Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung].

4. Selawat:

(sekurang-kurangnya 10 atau 100 kali)

5. Sembahyang Sunat:

Sembahyang Sunat Israq
Sembahyang Sunat Dhuha
Sembahyang Sunat Tasbih dan
Membaca Al-Quran
Membaca doa taubat ‘Akasyah (memohon keampunan taubat dosa-dosa besar)
TENGAHARI

1. Sembahyang : Sunat Zohor – Fardhu Zohor – Sunat Zohor serta doa.

2. Istighfar:

(a) (70 kali/100 kali)
[Aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadaNya]

(b) (70/100 kali : pohon keampunan ibubapa)
[Ya Tuhanku, ampunilah bagiku dan bagi dua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka telah mendidik aku di waktu kecil]

(b) (25 kali : wasiat Nabi kepada Saiyidina Ali, supaya dikasihi Allah)
[aku mohon keampunan kepada Allah yang maha agong bagiku dan bagi dua ibu bapaku, dan sekelian kaum muslimin dan muslimat, mukiminin dan mukminat (lelaki dan perempuan), hidup dan mati].

PETANG

1. Sembahyang : Sunat Asar – Fardhu Asar – wirid/doa.

2. Zikir: (sebanyak yang boleh)
[Tiada Tuhan melainkan Allah]

3. Tasbih:

(a) (100 kali)
[ Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi ]

(b) (100 kali) – dikasihi Tuhan dan berat timbangannya di akhirat.
[Maha Suci Allah dan dengan kepujiannya, Maha Suci Allah yang Maha Agung]

4. Bertakbir: (100 kali)
Amanah Nabi kepada Saiyidina Ali sesudah sembahyang asar sebelum tenggelam matahari – setiap hari.

5. Selawat: (10/100 kali)



MAGHRIB

1. Berbuka puasa – sembahyang maghrib dan sunat maghrib.

2. Sembahyang sunat Awwabin.

3. Membaca: (50 atau 100 kali) – menjadi pengadang dunia dan akhirat.
[Tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung]

ISYAK

1. Sembahyang sunat Isyak, Fardhu Isyak, Sunat Isyak

2. Sembahyang Sunat Terawih, sunat Witir

3. Membaca Al-Quran

TENGAHMALAM
Jam 2.00 malam atau 3.00 malam hingga keluar fajar subuh.

1. Sembahyang sunat wuduk

2. Sembahyang sunat Tahajjud (2 atau 4 atau 6 atau 8 atau 12 rakaat) dan
berdoa.

3. Sembahyang sunat Hajat (memohon sesuatu hajat) dan berdoa.

4. Sembahyang sunat Tasbih dan berdoa.

5. Berzikir:
(di dalam hati nurani/ingatan sebanyak-banyaknya).

6. Membaca:

(a) tasbih istighfar (100 kali/70 kali)
[Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya maka suci Allah yang Maha Agong, aku mohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agong dan aku bertaubat kepadaNya]

(b) tasbih dan zikir majmuk (sebanyak 100 kali)
[Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, allah Maha Agong, tiada ada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah]

7. Setelah masuk waktu subuh dan setelah azan subuh, sembahyang sunat subuh/fajar dua rakaat, sebelum sembahyang subuh (antara azan dan sembahyang fardhu subuh), bacalah istighfar tasbih 100 kali dan kemudian berdoa, kerana ini termasuk waktu mustajab doa – antara azan (bang) subuh dengan sembahyang subuh, iaitu:

8. Bertasbih dan mohon keampunan (kalau sempat waktunya)
[Maha Suci Allah dan dengan segala kepujiannya, Maha Suci Allah yang Maha Agung, aku mohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung dan aku bertaubat kepadaNya].

ramadhan datang lagi...................

Akhirnya ramadhan yang dinanti-nantikan telah datang, dan pagi ini pukul 4 pagi tadi aku bangun bersahur bersama2 dengan family kecuali adik aku lah sebab dia sekarang nie kat asrama(SMKA MATANG),HUHUHUHU. alhamdulillah sepat juga aku jumpa bulan ramadhan nie,syukur juga lah dapat rasa, lagi indah aku sekarang nie dah kerja tapi belum lagi sambung belajar. aku kalau boleh, nak amik pjj dalam biadang syariah kalau x dapat pun amik pddikan boleh lah. kwn2 yang lain semua dah sambung belajar,ada yang sekarang nie kat uitm,uiam,kuis,dan mcm2 lagi ipta and ipts. sadis2......