Tuesday, October 12, 2010

ASAS-ASAS KEDAMAIAN BATIN




DI DALAM MAJALAH Ahlan wa Sahlan TERBITAN 3 April 1415 H. ada satu artikel yang bertajuk “Dua Puluh Ramuan untuk Menghindari Tekanan” yang ditulis oleh Dr. Hassan Syamsi Basya.
Kandungan artikel itu lebih kurang seperti berikut: “Kematian itu adalah masalah yang sudah pasti. Dan tiap-tiap sesuatu itu berdarkan ketentuan qadha dan qadar. Dengan kata lain, seorang hamba tidak boleh menyesali dan bersedih hati atas perkara yang sudah berlaku. Rezeki makhluk itu ada di sisi Yang Maha Mencipta, di atas langit. Tidak seorang pun mempunyai kuasa mengaturnya, tidak ada satu kaum pun yang boleh mencampurinya, dan tidak ada seorang pun yang dapat menahannya. Hari kelmarin sudah berlalu bersama segala keresahan dan kebimbangannya, ia sudah selesai dan tidak akan berulang lagi sekalipun dunia seluruhnya bersatu untuk mengubahnya. Manakala hari esok masih berada di alam keghaiban, belum datang hingga ketika ini, belum meminta izin kepadamu, jangan mengharapnya sampai ia datang dengan sendirinya. Berbuat baik kepada sesame manusia akan memberi kesenangan dan ketenanagan di dalam hati. Dan perbuatan baik itu akan kembali kepada yang melaukannya dengan berkat, pahala, ganjaran, dan kedamaian.”
Salah satu ciri seorang mukmin ialah bahawa dia tidak akan peduli terhadap kritikan yang pedas dan menyakitkan. Kerana Allah s.w.t. sendiri pun, tidak lepas dari cacian dan sumpah seranah, sekalipun Dia Zat yang Sempurna, Agung, dan Indah.
Dua rangkap puisi saya:
Mengapa engkau bakar air mata yang sudah kering, yang membuat kecemasan selalu mengelilingi kalbu. Serahkan kepada Tuhan Yang Maha Mulia dan setiap kali orang yang tidak pernah bersedih hati mulai tidur, terbukalah pintu-pintu itu.
DR.’AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI: LA TAHZAN

No comments:

Post a Comment