Tuesday, October 12, 2010

BERWASPADA DENGAN CINTA




Jangan sekali-kali mencintai sesuatu secara berlebihan. Kerana yang demikian itu menyebabkan kegelisahan yang yidak pernah padam. Seorang islam akan bahagia ketika ia dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan. Begitulah pulalah ketika ia dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan. Begitu pulalah ketika ia dapat mengatasi keterasingan, kesunyian dan keterpisahan yang dikeluhkan para pujangga. Betapapun yang demikian itu adalah tanda kehampaan hati.
Dengan Yang demikian, Bagaimana fikiranmu (Wahai Muhammad) terhadap orang Yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan Yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? maka siapakah lagi Yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan Dia berkeadaan demikian)? oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang Yang ingkar) tidak ingat dan insaf? (Surah Al-Jathiyah:23)
Akulah yang menarik hujung kematian itu
Siapakah yang akan dituntut padahal mangsanya adalah si terdakwa
Itu sendiri?

Maksud rangkap puisi ini, kita berhak merasa sakit dan menderita sebab kita adalah punca utama dari semua yang berlaku pada diri kita.
Seorang yang berasal dari Andalus menyombongkan dirinya kerana boleh merasa suka yang melampaui batas. Sebelum aku, orang mengeluh kerana berpisah dan ketakutan muncul pada yang mati dan yang hidup. Jika rusuk-rusukku menghimpun maka aku tidak lagi akan mendengar dan tidak pula melihat.
Sebaik sahaja di antara tulang-tulangnya berhimpun ketaqwaan, zikir, kesedaran rohani maka kebenaran akan boleh dicapai. Di samping itu, bukti akan menjadi semakin jelas dan kebenaran akan nampak,
200. dan jika Engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
201. Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka Dengan itu mereka nampak (jalan Yang benar). (Surah Al-A’raf:200-201)
Ibnu Qayyim sudah memberi penawar yang sangat berkesan tentang masalah ini dalam bukunya yang sangat terkenal Ad-Da’wa ad-Dawa’
Atau al-Jawab say-Syafi ‘an Man Sa’ala ‘an ad-Dawa asy-Syafi. Saya syorkan kepada pembaca untuk merujuk kepada kedua-dua buku ini.
DR. ‘AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI:LA TAHZAN

No comments:

Post a Comment