Apakah GIGO? GIGO ni amat penting dalam
kehidupan kita sebagai hamba ALLAH yang sentiasa inginkan kebahagiaan
dalam hidup. Dimana letaknya kebahagiaan hidup sebagai seorang hamba di
atas muka bumi ini? Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Kebahagiaan
masing-masing juga terletak pada cara yang berbeza. Namun sedarkah kita dalam
mencari kebahagiaan itu perlu disertakan dengan redha. Apa yang kita lakukan
jika disertakan dengan redha ALLAH maka kita akan bahagia dan yang paling
penting redha ALLAH terletak pada redha ibu bapa. Jadi jangan sesekali
membelakangkan ibu bapa dalam membuat keputusan.
Garbage In Garbage Out atau akronimnya
GIGO amat penting dalam kehidupan kita. Kalau diterjemahkan secara terus maka
maksudnya masuk sampah keluar sampah. Tetapi maksud yang cuba saya sampaikan di
sini adalah sekiranya input tidak elok maka output yang
dihasilkan juga tidak elok. Semalam sempat saya membaca buku Pendidikan
Anak-anak tulisan Saedah Siraj yang mementingkan Pendidikan Anak-anak menurut
Islam. Tidak mudah ya ingin mendidik anak-anak, namun tidak sesukar mana jika
kena acuannya. Ramai ibu bapa hari ini yang membesarkan anak-anak mereka
bersama-sama syaitan. Kenapa saya cakap macam tu? Amboi sesedap rasa saja kan
cakap mcm tu. Namun sedarlah bahawa untuk melahirkan anak-anak yang sempurna
imannya bermula daripada diri ibu bapa itu sendiri.
Luqman Al-Hakim pernah menyebut "Aku mendidik
anak-anakku 20 tahun sebelum mereka dilahirkan". Jadi bermula daripada
pemilihan calon pasangan yang beriman akan menentukan hidup anak-anak sangat
penting. Ya memang benar, IMAN TAK BOLEH DIWARISI dan AMAT MUSTAHIL JIKA IMAN
BOLEH DIWARISI namun IBU BAPA ADALAH MODEL KEPADA ANAK-ANAK, yang menjadikan
seperti iman itu diwarisi namun disebabkan asuhan ibu bapa yang sempurna maka
lahirlah anak-anak yang sempurna imannya. Terdapat sebuah hadis yang menyatakan
:
"Sebaik-baik perkara yang diwariskan para ibu
bapa kepada anak-anak adalah adab (percakapan dan perbuatan yang baik)"
Rasulullah juga pernah bersabda,
"Tidak ada seorang pun yang dilahirkan kecuali
dilahirkan di atas fitrah maka ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani
atau Majusi"
Maksudnya di sini ibu bapa yang melatih anak dan mencorakkan
kehidupan anak-anak seperti mana yang mereka mahukan. Oleh itu, ibu bapa perlu
menjaga akhlak, personaliti dan ketrampilan diri kerana anak-anak yang
dilahirkan ibarat kain putih yang mana jika ibu bapa tidak mencorakkan dengan baik
maka persekitaran lain akan mencorakkan anak-anak yang mungkin akan menjadi
tidak baik.
Jika kita lihat hari ini, ramai ibu bapa yang terlalu sibuk
urusan di luar rumah sehingga mengabaikan kasih sayang kepada anak-anak di
rumah yang menyebabkan anak-anak terjebak dengan perkara-perkara yang tidak
elok (semata-mata mahukan perhatian ibu bapa).
Apabila berbincang mengenai soal didikan kepada anak-anak
soal makanan yang diberikan kepada anak-anak tidak boleh dilupakan. Dari mana
sumber makanan atau pendapatan yang diberikan kepada anak-anak kita. Adakah
dari sumber yang halal atau syubhah? Makanan yang dimakan ni akan dibawa
kemana-mana tau sebab akan bercampur dengan darah dalam badan kita (jadi
daging).
Teringat satu dialog dengan kawan.
Tak ingat topik perbincangan kami, yang saya ingat dia kata,
"Jom saya belanja awak makan. Hadiah la tu. Awak akan bawa hadiah tu
kemana-mana, mungkin juga sampai mati".
Tapi pastikan hadiah yang diberi tu dari sumber yang halal
ya. Jangan buat aniaya kat orang, kita juga yang akan disoal nanti kerana
menjamu orang lain dengan makanan yang hasilnya dari sumber yang syubhah atau
tidak halal. Nauzubillah.
Beri makan anak ni bermula sejak hari pertama anak
dilahirkan. SUSU IBU.Halal ke susu ibu ni? InsyaALLAH halal jika sumbernya
halal. Sebab apa saya cakap macam tu? Sebabnya kalau si ibu makan makanan yang
haram, susu ibu yang diberikan kepada anak-anak akan mempengaruhi perangai dan
sikap anak apabila mereka besar nanti kerana sumber makanan yang diberikan
berasal daripada sumber yang haram dan diragui.
Itulah pentingnya GIGO. Garbage In Garbage Out.
InsyaALLAH ibu bapa yang baik akan melahirkan anak-anak yang baik. Tapi nanti
ada pula orang cakap, habis macam mana anak Tok Imam terlibat dengan maksiat?
Huh,siapa nak jawab tu?
Jawabnya, bukan salah ibu mengandung. Itu sebab mereka yang
hanyut dengan nafsu kerana janji syaitan dan iblis untuk menyesatkan manusia di
muka bumi kerana syaitan tak pernah berputus asa untuk menyesatkan manusia .
Jadi, kita yang waras ni. Pilihlah JALAN yng kita mahukan.