Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling
penting.
Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang aku
anggap benar.
Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting
bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu."
Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi,
teruslah memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti."
Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi.
Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar.
Jadi, kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat
penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita."
Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan
cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta."
Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan
dari tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya
selalu, "Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke tahun,
anakku."
Akhirnya tahun lalu, datokku meninggal. Semua keluarga
bersedih. Semua menangis.
Bahkan, ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana itulah
saat kedua kalinya aku melihatnya menangis.
Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan
selamat tinggal pada datok.
Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa
bahagian tubuh yang paling penting, sayang?"
Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku
sering berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.
Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan
memberitahu, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah
kamu sudah benar-benar "hidup".
Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu,
aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahu kamu kenapa.
Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar
pelajaran yang sangat penting."
Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya
penuh dengan airmata.
Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling
penting adalah bahumu."
Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan
kepala?"
Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan
kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis.
Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk
menangis.
Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan
teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila- bila pun kamu
memerlukannya."
Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting
adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri.
Tetapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang
lain.
Orang akan melupakan apa yang kamu katakan.
Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan.
Tetapi, orang tidak akan pernah lupa bagaimana kamu membuat
mereka bererti.
Just because the past is painful, Doesn't mean the future
will be. So never let events from the past,
Change the events for future, or You will be miserable
forever…
No comments:
Post a Comment